Rabu, 12 April 2017

Kelebihan Bulan Rajab

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disadari.  Hanya Bulan Ramadhan dan Syawal saja yang kebanyakan kita sadar kedatangannya.  Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rajab yang bisa dimanfaatkan oleh umat islam dengan memperbanyak ibadah.

  1. Sabda Nabi s.a.w  : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rajab,  niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
  2. Sabda Nabi s.a.w  :  Bulan Rajab Bulan Allah,  Bulan Syaaban bulanku,  dan bulan Ramadhan bulan umatku.
  3. Kemuliaan Rajab dengan malam  ISRA MI’RAJ nya,   Syaaban dengan malam NISFU nya   dan Ramadan dengan LAILATUL QADAR nya.
  4. Malam awal Rajab mustajab do’anya  (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
  5. Puasa sehari pada bulan  Rajab  mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
  6. Puasa 2 hari di lipat gandakan pahalanya.
  7. Puasa 3 hari pada bulan  Rajab  dijadikan parit yang panjang,   yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
  8. Puasa 4 hari pada bulan Rajab dihindarkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  9. Puasa 5 hari pada bulan Rajab, aman daripada azab kubur.
  10. Puasa 6 hari pada bulan Rajab, keluar kubur dengan muka bercahaya.
  11.  Puasa 7 hari pada bulan Rajab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  12. Puasa 8 hari pada bulan Rajab, dibuka baginya delapan pintu syurga.
  13. Puasa 9 hari pada bulan Rajab keluar dari kuburnya lalu,  MENGUCAP DUA KALIMAT SHAHADAT,   maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  14. Puasa 10 hari pada bulan Rajab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
  15. Puasa 16 hari pada bulan  Rajab  akan  dapat  melihat  wajah  Allah  di dalam  syurga  dan  orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  16. Puasa 19 hari  pada bulan Rajab,  dibina  baginya  sebuah  mahligai  di hadapan mahligai          Nabi Allah Ibrahim a.s  dan  Nabi Allah Adam a.s.
  17. Puasa 20 hari pada bulan Rajab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
  18. Kelebihan bulan Rajab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
  19. Puasa pada awal Rajab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
  20. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan  Rajab  hendaklah  bersedekah  tiap-tiap  hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
  21. Siapa bersedekah pada bulan  Rajab  seperti sedekah seribu dinar,   dituliskan  kepadanya  tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat,  dihapus seribu kejahatan.
  22. Setiap sehari puasanya pada bulan  Rajab dan sedekahnya pada bulan  Rajab seperti beribadah seribu Haji dan Umrah.    Disediakan mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rajab bulan Allah.
  23. Bersedekah pada bulan Rajab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rajab, Bulan Allah.
  24. Allah jadikan di belakang  bukit  Jabal  Qar bumi,    yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan  panji-panji  berhimpun pada tiap malam  Rajab  meminta ampun oleh mereka kepada  Umat Muhammad.   Allah menjawap :  Telah aku ampunkan mereka!
  25. Barangsiapa meminta ampun  (beristighfar)  kepada Allah  pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rajab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
  26. Barangsiapa berpuasa sebulan pada bulan Rajab,  Allah  berseru kepadanya  :  “Telah wajib hakmu atas-Ku, maka mintalah olehmu kepada-Ku.   Demi ketinggian-Ku dan kebesaran-Ku,  tidak Aku tolakkan hajatmu.  Engkau adalah jiran-Ku di bawah `arasy-Ku,  engkau kekasih-Ku daripada segala makhluk-Ku,  engkau terlebih mulia atas-Ku.  Berbahagialah kamu,  tiada dinding antara-Ku dan antara kau”  (dari kitab Raudatul Ifkar)
  27. Puasa pada 27 bulan Rajab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.  Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun,  kerana kebesaran hari  ISRA MI’RAJ.

RAJAB bulan menabur benih.  SYAABAN bulan menyiram tanaman.  RAMADHAN bulan menuai.
RAJAB menyucikan badannya.  SYAABAN menyucikan hatinya.  RAMADHAN menyucikan rohnya
RAJAB bulan taubat.  SYAABAN bulan muhibbah.  RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.